Janji Rafael Vitor Jika Terpilih Wakili Harimau Malaya
MakanBola
Penang FC

Pemain pertahanan import Penang FC, Rafael Vitor dilaporkan sedang dalam proses untuk mendapatkan kad pengenalan Malaysia sekali gus mencerahkan peluang mewakili Harimau Malaya.

Pemain berusia 32 tahun itu merupakan pemain yang sudah pun cukup lima tahun bermastautin di negara ini dan beraksi di dalam saingan Liga Super.

Ad

Dua pemain Brazil lain yang sudah pun mempunyai penampilan bersama Harimau Malaya iaitu Endrick dos Santos dan Paulo Josue telah menjadi individu penting dalam membantu Rafael Vitor untuk merealisasikan hasrat mewakili skuad kebangsaan.

Ad

Vitor ketika ditanya Stadium Astro, berjanji akan melakukan yang terbaik jika dipanggil memperkuatkan skuad kebangsaan Malaysia yang kini di bawah kendalian jurulatih dari Australia, Peter Cklamovski.

“Saya bercakap dengan mereka dengan Paulo (Josue) dan Endrick (dos Santos), mereka membantu saya. Jika saya dapat peluang untuk sertai pasukan kebangsaan semestinya saya akan lakukan yang terbaik untuk Malaysia.

Ad

“Dalam proses, mungkin dua minggu atau lebih lagi. Saya sudah lima tahun, saya dapat sokongan Penang, keluarga saya juga gembira di Penang,” jelas Vitor kepada Stadium Astro.

Ad

Untuk rekod, Rafael Vitor mula beraksi di Malaysia pada Januari 2020 dengan menyertai Penang. Beliau kekal di pasukan yang sama sehingga ke hari ini.

Ad

Jika proses naturalisasi Vitor berjalan dengan lancar, kehadirannya bersama skuad kebangsaan dijangka akan memperkuatkan lagi bahagian pertahanan yang dijangka akan diisi seorang lagi pemain warisan baharu iaitu Jon Irazabal.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments