Jawapan Balas Habib Haroon Tentang Jurang Kualiti Pemain Terengganu
MakanBola
Terengganu FC
Sponsors

Kapten pasukan Terengganu, Habib Haroon percaya dengan kelebihan serta kekuatan yang dimiliki rakan sepasukan.

Aksi cemerlang yang dipamerkan pemain Terengganu membolehkan skuad kendalian Tomislav Steinbruckner mencatat kemenangan 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023.

Ad
Sponsors

Jeneral tengah Terengganu, Habib Haroon memuji impak yang diberikan pemain gantian sebaik sahaja mereka dimasukkan. Bagi Habib, jurang kualiti antara pemain utama dan simpanan tidak terlalu jauh kerana masing-masing tahu bagaimana mahu memberi impak kepada pasukan.

Ad

“Kadang-kadang dalam bola sepak ini, pemain simpanan yang masuk ke padang, mereka ada keinginan yang besar untuk mengubah perlawanan. Jadi bila pemain sedia ada keliru, beliau (Tomislav) akan memasukkan pemain gantian. Kita percaya dengan kebolehan pemain simpanan Terengganu,” kata Habib kepada MakanBola.

Jurulatih pasukan Terengganu, Tomislav Steinbruckner juga gembira melihat persembahan pemain gantian Skuad Peteh. Pemain-pemain yang diberi kepercayaan ini mampu memberi nilai tambah buat pasukan ketika di atas padang.

Ad

“Kita dapat lihat, Ivan Mamut menjaringkan gol. Sony Norde beraksi dengan begitu baik. Nik Sharif dari bangku simpanan, beliau masuk dan jaringkan gol. Syahmi Zamri pula bila beliau masuk, beliau hasilkan banyak peluang.”

Ad

“Bila kita berjaya cipta peluang-peluang sebigini, saya sangat puas hati. Menjadi masalah kalau kita langsung tak cipta peluang. Kita layak untuk jaringkan lebih banyak gol. Saya beritahu kawan saya, (Nenad Bacina), beliau boleh gembira kerana (keputusan) setakat 2-1,” ujar Tomislav ketika sesi sidang media selepas perlawanan.

Ad

KL City bakal berdepan Terengganu dalam aksi kedua separuh akhir Piala Malaysia 2023. Aksi tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat, 3 November 2023.