Advertisements
Jawapan Faisal Halim Tentang Perbualannya Panjangnya Dengan Son Heung-min
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Pemain sayap Malaysia, Faisal Halim membuka mulut tentang perbualannya dengan kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min.

Beliau menjadi watak penting buat Harimau Malaya yang mempamerkan kebangkitan memukau untuk mengikat jaguh Asia itu dengan keputusan 3-3.

Gol yang dijaringkan oleh Romel Morales pada saat akhir tambahan masa telah membantu skuad kebangsaan untuk pulang dengan satu mata.

Beliau yang ditemui pada sesi Projek RG Neighbourhood di Seksyen 7, Shah Alam disapa oleh para penyokong yang hadir ke sesi berkenaan.

Bekas pemain Terengganu itu sempat menyapa seorang penyokong yang datang dan memperkenalkan permainan bola sepak dalam talian kepadanya.

Menerusi satu perkongsian kepada penyokong tersebur, Faisal memberitahu bayangan perbualannya dengan kapten Tottenham Hotspur itu.

“Faisal borak apa dengan Son Heung-min?”

“Rahsia,” ujar Faisal Halim sambil tertawa.

Menerusi perkongsian dengan Blast Active, Faisal memberitahu situasi penuh keadaan tersebut.

“Sebenarnya tak ada apa pun. Saya pergi ke dia dan bincang dengan pengadil. Saya tanya tentang penalti. Dia tanya macam mana pula penalti.”

“Saya cakap kerana dia sepak belakang, tetapi Son kata rakannya menyepak bola jadi saya kata kita tengok VAR, itu yang beliau (Son) kesal.”

Pemain sensasi ini sudah meledak satu gol yang membawa kepada kebangkitan Harimau Malaya untuk merantai Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Kejayaan itu menyaksikan Malaysia memperoleh tambahan +12.29 mata FIFA untuk melonjak ke kedudukan 132 dunia.

Video: Faisal Jawab Perbualan Dengan Son