Advertising
Jay Idzes Kekal Positif Selepas Pemecatan Shin Tae-yong
MakanBola
PSSI

Kapten skuad kebangsaan Indonesia, Jay Idzes kekal positif selepas menerima berita pemecatan jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong baru-baru ini.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, pemain kelahiran Belanda itu tidak akan melupakan setiap detik bersama Shin Tae-yong dan beliau berterima kasih di atas memori-memori indah yang dicipta bersama jurulatih tersebut.

Ad

Namun begitu, Idzes berpendapat bahawa pemecatan Tae-yong daripada kerusi jurulatih Indonesia itu adalah untuk kebaikan negara Indonesia itu sendiri.

Ad

“Jurulatih (Shin Tae-yong), terima kasih di atas memori yang kita cipta bersama skuad kebangsaan. Kita mencipta sejarah bersama dan saya hargai setiap detik ketika kita bersama.

“Walaupun ianya sukar, saya percaya bahawa federasi (PSSI) akan selalu membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk negara. Marilah kita bersama-sama dan berjuang untuk impian kita,” luah Jay Idzes di Instagram.

Ad
jayidzes Jay Idzes Kekal Positif Selepas Pemecatan Shin Tae-yong
Luahan hati Jay Idzes di Instagram susulan pemecatan Shin Tae-yong.

Berita pemecatan Shin Tae-yong itu telah disampaikan sendiri oleh Ketua Umum PSSI, Erick Thohir dalam satu sidang media khas yang dijalankan pada Isnin.

Ad

Biarpun PSSI masih berteka-teki mengenai pengganti Shin Tae-yong namun wartawan terkenal antarabangsa, Fabrizio Romano telah mendedahkan bahawa jawatan tersebut bakal diisi oleh jurulatih kelahiran Belanda, Patrick Kluivert.

Ad