“JDT Ada Pemain Bagus, Selangor Pun Sama” – Noor Al-Rawabdeh
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Pemain tengah pasukan Selangor FC, Noor Al-Rawabdeh mengakui cabaran hebat bakal dihadapi oleh pasukannya apabila melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) esok.

Bintang kelahiran Jordan itu merupakan antara pemain utama di bawah kendalian Tan Cheng Hoe apabila sudah pun diturunkan dalam semua perlawanan setakat ini.

Mengulas lanjut, pemain berusia 25 tahun itu berasa teruja untuk menghadapi cabaran juara bertahan Liga Super itu di laman sendiri.

Advertisements

Katanya, JDT merupakan satu pasukan yang sangat lengkap di setiap posisi tetapi yakin dengan kemampuan pasukannya.

“Ya JDT sememangnya pasukan yang sangat bagus tetapi kami juga akan turun dengan keadaan sedia dan bermotivasi tinggi.”

Advertisements

“JDT mempunyai pemain yang bagus, sama juga seperti kita. Kita (Selangor) akan memberikan yang terbaik pada perlawanan itu nanti.”

Beliau yang sudah pun meledak 3 gol setakat ini tidak meletakkan sebarang sasaran peribadi untuk menjaringkan berdepan Harimau Selatan.

Advertisements

“Sasaran utama saya adalah untuk memberi pasukan tiga mata dan tiada sebarang sasaran peribadi untuk menjaringkan gol.”

“Sekiranya saya diturunkan, saya akan membuat sehabis baik untuk membantu pasukan,” jelasnya kepada Astro Arena.

Advertisements

JDT kini berada pada tangga teratas liga dengan 12 mata diikuti oleh Sabah dan Selangor dengan 10 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram