JDT Akan Diterajui Nakhoda Baru?
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Musim 2025/26 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diterajui seorang jurulatih baharu.

Sebelum ini, pengendali Harimau Selatan, Hector Bidoglio memaklumkan beliau belum pasti tentang kedudukannya selepas ditanya tentang statusnya bersama pasukan itu.

Ad

“Tidak, saya tak tahu. Walau apa saja yang berlaku, JDT akan terus mara kerana JDT sebuah kelab yang besar,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan final Unifi Piala Malaysia pada 26 April lalu.

Ad

“JDT tahu saya sentiasa bersedia untuk membantu. Saya gembira bekerja di JDT sebab ia sebuah kelab besar dan saya ucapkan selamat berjaya kepada mereka.”

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan JDT berpotensi menerima jurulatih baharu.

Ad

Ini selepas Bidoglio tidak membawa pasukan itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ad

“Dia telah mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) di peringkat domestik. Satu saja dia tak dapat tanda selesai iaitu ACLE apabila JDT gagal layak ke suku akhir,” katanya dalam siaran Nadi Arena.

Ad

“Kebiasaan untuk pasukan nombor satu Asia Tenggara ini, apabila tidak berjaya mencapai matlamat mereka, jurulatih itu akan ditukar. Ini berlaku kepada pengendali terdahulu seperti Esteban Solari, Mario Gomez dan Benjamin Mora.

“Saya menjangkakan senario inilah yang akan berlaku iaitu pertukaran membabitkan jurulatih Harimau Selatan. Saya rasa akan ada nakhoda baru untuk Harimau Selatan pada musim hadapan.”

Musim 2024/25 menyaksikan JDT bukan saja meraih empat trofi termasuk Unifi Piala Malaysia. Pasukan itu turut mara ke pusingan 16 terbaik ACLE sebelum tewas kepada Buriram United.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments