JDT Bakal Jadi Pasukan Pertama Malaysia Rasai Kehangatan VAR

JDT ACL JDT Bakal Jadi Pasukan Pertama Malaysia Rasai Kehangatan VAR
Johor Southern Tigers
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi pasukan pertama di Malaysia yang mengguna pakai sistem Video Assistant Referee (VAR) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Sistem bantuan pengadil ini akan digunakan dalam pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL). Perkara ini telah disahkan pihak AFC dimana sistem VAR ini turut akan digunakan pada kempen Piala Asia bawah 23 tahun negara.

Pasukan Johor Darul Tazim telah dinobatkan sebagai juara Kumpulan I setelah menewaskan Ulsan Hyundai dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan tempoh hari. Takhta juara kumpulan yang diraih JDT telah melayakkan pasukan Harimau Selatan itu ke peringkat kalah mati.

Johor Darul Ta’zim dijadualkan bertemu Urawa Red Diamond pada Ogos dan dijangka akan dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim. Berpandukan kepada format Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lepas, juara kumpulan akan menjadi tuan rumah di peringkat Round of 16.

Maka dengan itu, JDT bakal menjadi pasukan pertama di Malaysia yang merasai kehangatan perlawanan di stadium dengan mengguna pakai sistem VAR. Sama-sama kita nantikan.