Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) berpeluang mendapat hadiah wang berjumlah AS$12 juta (RM56.5 juta) bila bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 2024/25.
Ini selepas Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengumumkan nilai hadiah yang bakal diterima pasukan yang bersaing dalam kejohanan itu.
Juara bakal menerima hadiah wang berjumlah AS$12 juta (RM56.5 juta). Sementara naib juara pula bakal menerima AS$6 juta (RM28.2 juta).
Menariknya, 24 pasukan yang bersaing di peringkat liga Zon Timur dan Zon Barat bakal menerima insentif kewangan yang lumayan. Ini kerana setiap pasukan bakal menerima AS$800,000 (RM3.56 juta).
Pasukan-pasukan juga bakal mendapat suntikan kewangan tambahan bergantung kepada kedudukan akhir mereka dalam kejohanan.
Dengan mengambil kira perkara tersebut, nilai wang boleh saja mencecah AS$12 juta (RM56.5 juta) bagi pasukan yang bergelar juara. Lapan pasukan terbaik dari setiap zon bakal mara ke peringkat pusingan 16 pasukan terbaik ACLE.
Upacara cabutan undi rasmi ACLE akan diadakan pada 16 Ogos ini. Kelab gergasi Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain merupakan pemenang terakhir ACL edisi lalu dan dijangka berusaha mempertahankan mahkota kejuaraan mereka musim ini.