JDT Dah Boleh Fikir Untuk Main Bunga Api Lagi
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super musim ini jelas sekali kelihatan. Biarpun perlu melalui tujuh perlawanan lagi, namun JDT boleh dianggap hampir pasti mengekalkan kejuaraan kali kesembilan berturut-turut.

Walaupun Sabah cuba memberikan saingan di tangga kedua namun kualiti pemain yang dimiliki pasukan JDT sudah pasti akan menidakkan pasukan lain untuk mencabar kejuaraan.

Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan menganggap pasukan JDT sukar untuk digugat dan kejuaraan liga hampir 100 peratus dikekalkan di bumi Johor.

Advertisements

“Kalau kita tengok dengan pemain dan fasiliti yang mereka ada, memang kita akui bahawa JDT berada pada kelas berbeza berbanding pasukan lain. Jadi kalau kita katakan juara, sudah tentu juara ada pada mereka.

“Mereka mendominasi setiap perlawanan berdepan pasukan lain (dalam Liga Malaysia), jadi boleh dikatakan 100 peratus (JDT akan jadi juara Liga Super).

“JDT melakukan perubahan yang baik pada musim ini terutama dalam pengambilan pemain baharu. Kalau kita katakan (faktor) kewangan, tak semestinya ada kewangan banyak tapi kalau tak pandai urus tak jadi juga,” jelasnya kepada BH.

Advertisements

JDT kini berada di takhta Liga Super dengan mengumpul 41 mata dan dibezakan 6 mata dari pasukan di tangga kedua, Sabah FC. Namun JDT kini masih kurang dua perlawanan berbanding pasukan Sabah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram