JDT Dapatkan 3 Pemain KL City Dengan Status Berbeza
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

3 tonggak finalis Piala FA 2023, KL City FC telah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan status berbeza pada jendela perpindahan pertama.

The City Boys kehilangan beberapa tonggak penting yang membawa haluan baru selepas musim 2024/25.

Ad

Pencapaian membanggakan sejak tiga tahun kebelakangan ini membuka mata banyak kelab di Liga Super untuk mendapatkan khidmat tunjang utama KL City.

Ad

Juara bertahan, JDT turut memanfaatkan peluang bagi mendapatkan khidmat tiga pemain KL City iaitu Romel Morales, Declan Lambert dan Ryan Lambert.

Namun begitu, hanya penyerang Colombia berusia 27 tahun itu kekal beraksi bersama Harimau Selatan selain meledak dua jaringan bersama pasukan.

Ad

Adik beradik Lambert bagaimanapun dipinjamkan ke kelab lamanya iaitu KL City bagi saingan musim 2024/25.

Ad

JDT memiliki persaingan sengit pada setiap posisi dengan beberapa pemain dilepaskan secara pinjaman ke kelab Liga Super lain.

Ad

JDT kini masih mengekalkan rekod bersih 100 peratus tanpa kekalahan musim ini dalam semua kejohanan dan selangkah layak ke pentas separuh akhir Piala FA 2024.

Jendela perpindahan kedua bakal dibuka Ogos ini dengan Pemilik Kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail memaklumkan bakal ada perubahan besar berkaitan pasukan dalam masa terdekat.