Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dengan Liga Super bakal berehat seketika bagi memberi ruang kepada kalendar antarabangsa FIFA bulan Jun, banyak pasukan dijangka akan tampil lebih mantap pada pusingan kedua liga. Justeru, Johor Darul Ta’zim (JDT) FC tidak ketinggalan menerima jemputan aksi persahabatan antarabangsa dengan Albirex Niigata Singapore FC.

Advertisements

Perkara ini diumumkan sendiri oleh White Swans dalam laman sesawang rasmi mereka hari ini. Perlawanan ini bakal diadakan pada 17 Jun ini di Stadium Sultan Ibrahim. Sepak mula perlawanan dijangka bermula pada jam 6.00 petang.

Aksi persahabatan ini pastinya dinantikan ramai memandangkan status kedua-dua pasukan dalam liga masing-masing. Harimau Selatan merupakan pemenang Liga Super musim lepas dan kekal unggul sebagai pendahulu liga dengan rekod tanpa kalah.

Advertisements

Sementara Albirex Niigata Singapore pula merupakan pemenang Singapore Premier League (SPL) musim lepas. Ketika ini, mereka menduduki tangga kedua liga di belakang pendahulu Tampines Rovers.

JDT FC dijangka akan menurunkan barisan terkuat mereka biarpun ramai pemain dijangka dipanggil Kim Pan-gon untuk tugasan antarabangsa Harimau Malaya.

Advertisements

Ini sekaligus memberi peluang kepada jurulatih Harimau Selatan, Esteban Solari untuk bereksperimen dan memberi peluang kepada pemain khususnya mereka yang baru pulang dari kelab-kelab pinjaman.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram