JDT-GBX Ke Pusingan 16 Terakhir eACLE Bertemu Gwangju
UltraSukan
JDT-GBX Esports
Sponsors

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT)-GBX Esports mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara E-Sukan AFC Elit (eACLE).

Kejayaan itu dicapai dengan meraih kedudukan empat teratas Liga Timur selepas tamat tujuh perlawanan. JDT-GBX Esports menduduki tempat keempat liga dengan meraih 13 mata.

Ad

Pasukan itu merekodkan empat kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan. Antara pasukan yang tumbang di tangan JDT-GBX Esports ialah Pohang Steelers, Yokohama F. Marinos, Ulsan HD dan Buriram United.

Ad

Format pusingan 16 eACLE hampir sama dengan format Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Empat pasukan teratas liga masing-masing akan menentang empat pasukan terbawah mengikut kedudukan liga mereka.

JDT-GBX Esports yang menduduki tempat keempat bakal berdepan Gwangju FC yang menduduki tempat kelima Liga Timur.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by AFC (@theafchub)

Ad

Aksi ini disifatkan aksi balas dendam buat wakil negara. Ini kerana JDT-GBX Esports tewas 2-1 kepada lawan sama dalam perlawanan keempat hari pertama eACLE.

Ad

Pasukan yang berjaya akan mara ke peringkat suku akhir yang diadakan pada 27 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments