JDT-GBX Ke Suku Akhir, Hadapi Pakhtakor
UltraSukan
JDT-GBX Esports

JDT-GBX Esports semakin cemerlang di pentas Liga Juara-Juara E-Sukan AFC Elit (eACLE) apabila melangkah ke suku akhir.

Kejayaan ini dicapai dengan menewaskan wakil Korea Selatan, Gwangju FC dalam aksi pusingan 16 terbaik.

Aksi ini dilihat peluang buat JDT-GBX Esports membalas dendam kepada Gwangju. Ini kerana mereka dikecewakan lawan sama di peringkat Liga Timur.

Aksi awal menyaksikan JDT-GBX Esports meraih kemenangan 3-0. Ini mendorong wakil Korea Selatan itu bangkit dalam perlawanan kedua.

Pada awalnya, pasukan itu berjaya mendahului 1-0 sehingga rehat. JDT-GBX Esports kemudiannya berjaya menyamakan kedudukan 1-1 sehingga tamat.

View this post on Instagram

A post shared by AFC (@theafchub)

Ini mendorong perlawanan dibawa ke masa tambahan untuk menentukan pemenang. JDT-GBX Esports meraih gol kedua pada minit ke-94 bagi memastikan kemenangan memihak kepada wakil negara.

JDT-GBX Esports bakal berentap dengan wakil Uzbekistan, Pakhtakor. Pakhtakor dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan wakil Qatar, Al-Sadd dalam satu lagi aksi pusingan 16 eACLE.