JDT Hargai Lagenda Safee Sali SS10
Blog
Gary Teo
Advertisements

Mengutamakan suasana harmoni sebuah keluarga, kelab bolasepak JDT meluangkan masa untuk seorang lagenda bolasepak bertemu penyokong di Stadium Sultan Ibrahim.

Walaupun fokus utama adalah perlawanan Piala Sumbangsih di SSI, kelab bolasepak JDT memberi penghormatan besar kepada pemain bolasepak Safee Sali untuk berjalan mengelilingi stadium bertemu penyokong. Langkah yang mulia daripada sebuah kelab bolasepak untuk memberi penghargaan kepada penat lelah seorang pemain yang pernah berkhidmat.

Kelihatan Super Safee mengambil masa mengimbau kenangan, mengucapkan terima kasih, menghargai penyokong, dan berjalan mengelilingi setiap sudut SSI. Beliau juga turut mengesat air mata yang mengalir, sambil melambai kepada semua penyokong.

Advertisements

Begitu lah impak kehadiran penyokong ke stadium, begitu lah impak sokongan penyokong dalam hidup seorang pemain bolasepak. Pemain bolasepak juga adalah seorang manusia biasa, yang punya hati dan perasaan. Jauh di lubuk hati Safee Sali, beliau rindu suasana penyokong Johor walaupun tidak sempat beraksi menyarung jersi Harimau Selatan di SSI. Situasi ini telah membuktikan bahawa mentaliti keluarga JDT telah berjaya menawan setiap aspek.

Wahai penyokong, Luangkan masa anda untuk hadir ke setiap perlawanan di Stadium. Sokonglah tanpa berbelah bagi. Sokongan anda secara tidak langsung dapat merungkap detik-detik manis dalam kehidupan pemain bolasepak. Dan yang paling penting, kehadiran maksima penyokong ke stadium, dapat memberi impak kepada perlawanan bolasepak.

Advertisements

Penghargaan penyokong JDT kepada Safee Sali semalam telah membuktikan bahawa bolasepak itu kosong tanpa penyokong. Bolasepak itu indah.

Terima kasih lagenda Super Safee.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram