“JDT Hari Ini Bukanlah Satu Kebetulan” – TMJ
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim percaya segala yang dikecapi oleh pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini bukanlah satu kebetulan.

Usaha yang telah direncanakan olehnya sejak hampir 10 tahun lalu telah membuahkan banyak hasil dan kejayaan dalam dan luar padang.

Ad

Mengulas lanjut, baginda Tunku percaya antara salah satu resipi kejayaan pasukan Harimau Selatan adalah disebabkan dirinya sudah sebati dengan bola sepak.

Ad

“Cinta saya kepada bola sepak dan Johor saling berkait. Saya membesar dengan pemain bola.”

“Apa yang terjadi kepada JDT hari ini bukanlah satu kebetulan,” jelasnya.

Ad

JDT kini telah menjadi fenomena buat industri bola sepak Malaysia tatkala mereka berjaya menarik nama-nama besar untuk beraksi di sini.

Ad

Malah, penajaan dan jalinan kerjasama dengan syarikat besar juga telah mengangkat kedudukan JDT untuk bersaing pada tahap tertinggi bola sepak di Asia.

Ad
9C39AFF5 2D12 432D 9B9B 0C99F9558FC8 "JDT Hari Ini Bukanlah Satu Kebetulan" - TMJ
IG: Hrhcrownprinceofjohor

JDT juga telah menyapu bersih kesemua trofi kejohanan domestik di Malaysia sambil meletakkan sasaran realistik bagi saingan musim 2023.