JDT Jadikan Kuching City Medan Persiapan Ke Asia
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahu memburu kemenangan ke atas Kuching City dalam perlawanan terbaru Liga Super yang berlangsung esok.

Kemenangan yang diraih bakal menjadi tonik semangat buat Harimau Selatan untuk aksi ACL seterusnya menentang kelab Jepun, Kawasaki Frontale.

Justeru, kapten JDT, Jordi Amat berharap matlamat tersebut dapat dicapai bagi membolehkan mereka merekodkan kemenangan ke-23 di Stadium Sultan Ibrahim esok.

Advertisements

“Kita menunjukkan prestasi bagus semasa menentang Perak. Satu ujian yang sangat bagus untuk kami semua kerana kita bermain di tempat sendiri.

“Kami tidak sabar beraksi di tempat sendiri kerana sukar beraksi di tempat lawan pada setiap hujung minggu. Jadi, kita amat menikmatinya.

Advertisements

“Kita menunjukkan prestasi bagus menentang Perak, satu keputusan bagus untuk pasukan.

“Jadi, kita mahu kekalkan prestasi yang sama dengan Kuching (City) dan harapnya itu membantu kita bersedia sebelum bertolak ke Jepun,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena.

Advertisements

Begitupun, perlawanan esok bakal menyaksikan JDT tempang tanpa beberapa tonggak utama.

Ini kerana ramai pemain Harimau Selatan termasuk Amat masih belum kembali daripada tugasan skuad kebangsaan masing-masing.

Advertisements

Justeru, jurulatih Harimau Selatan, Tano Solari dijangka memanfaatkan kekuatan barisan pemain yang ada untuk meraih kemenangan ke atas Il Gatto esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram