JDT Juara Piala Malaysia 3 Kali Berturut-Turut, Kecewakan Sri Pahang
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Johor Darul Ta’zim (JDT) sah muncul juara Piala Malaysia setelah menewaskan Sri Pahang dalam aksi final pada Sabtu.

Kedua-dua pasukan tampil di perlawanan akhir Piala Malaysia dengan JDT turun berbekalkan status sebagai juara bertahan dan akan berdepan Sri Pahang, mengulangi aksi final pada 11 tahun lalu.

Ad

Gandingan Arif Aiman dan Bergson menjadi taruhan JDT di jentera serangan untuk merobek kubu lawan sementara Sri Pahang pula merehatkan kapten pasukan, Fadhli Shas di bek tengah.

Ad

Seawal minit ke-15, skuad Harimau Selatan telah dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh pemain sayap Sri Pahang, T. Saravanan yang memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti JDT.

Ad

Usaha JDT untuk bangkit akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-26 apabila Bergson berjaya menjaringkan gol buat juara Liga Super itu namun jaringan itu dibatalkan gara-gara ofsaid.

Ad

Malang buat Sri Pahang apabila perancang tengah, Sergio Aguero dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Razlan Joffri pada minit ke-35 oleh kerana kekasaran lewat ke atas Bergson.

Ad

Babak pertama berakhir dengan keputusan 1-0 memihak Sti Pahang.

Babak kedua bersambung dengan pengadil menghadiahkan sepakan penalti buat JDT dan tugas itu disudahkan dengan tenang oleh Bergson untuk kembali mengikat kedudukan di minit ke-54.

3 minit kemudian, giliran JDT pula bermain dengan 10 orang pemain apabila bek kental, Park Jun-heong dilayangkan kad kuning kedua setelah membentes Baqiudin Shamsuddin di tengah padang.

Jaringan Arif Aiman pada minit ke-73 memberikan kejayaan buat pasukan JDT apabila berjaya menewaskan Zarif Irfan di pintu gawang Sri Pahang buat kali kedua untuk menceriakan kem Harimau Selatan.

Pertarungan sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil tamat dengan keputusan 2-1 memihak JDT

Ini merupakan kejuaraan ke-5 buat JDT setelah memenangi pada edisi 2017 lalu.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments