JDT Kekalkan Khidmat Bergson
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan status penyerang import pasukan, Bergson Da Silva yang akan kekal bersama pasukan pada musim hadapan.

Menerusi satu wawancara bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pemilik kelab JDT, DYAM TMJ menjelaskan bahawa khidmat penyerang kelahiran Brazil itu masih dikekalkan bagi musim berikutnya.

Ad

Bekas bintang Fortaleza itu yang baru sahaja melengkapkan rekod jaringan 100 gol bersama pasukan terus ditagih untuk memacu jentera serangan JDT.

Ad

Kegusaran ini mula timbul selepas DYM TMJ memaklumkan akan ada tiga pemain import baharu yang bakal dibawa masuk oleh pasukan pada musim baharu kelak.

Bukan itu sahaja, juara sedekad Liga Super ini juga mahu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain tempatan dengan beberapa nama pemain berbakat mula dikaitkan ke selatan tanah air.

Ad

“Bergson masih pemain kami bagi musim hadapan. Kebanyakan pemain masih kekal bersama JDT. Cuma akan ada beberapa pemain yang meninggalkan pasukan kerana kami mahu memperbaiki skuad kami,” jelas TMJ kepada Astro Arena.

Ad

Bergson juga mencatat nama selaku penjaring selepas menjaringkan gol ketika di Korea bagi aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.

Khidmat beliau sudah pasti menjadi sandaran pasukan menjelang musim baharu dengan misi yang lebih besar untuk terus menyalakan harapan di Asia kali ini.

JDT juga terus menagih impak pemain senior di bilik persalinan terutamanya untuk membimbing pemain muda yang diberi kepercayaan oleh pasukan.