JDT Kelab Nombor Satu Asia Tenggara
Asia Tenggara
JST
Advertisements

Juara Liga Super sepuluh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus membanggakan Malaysia apabila menjadi disahkan sebagai kelab nombor satu di Asia Tenggara mengikut pembekal data sukan terkemuka, Opta Analyst.

Selain menjadi kelab terbaik di Asia Tenggara, JDT juga mengejutkan banyak pihak apabila kini menghuni tangga ke-16 dalam senarai kelab terbaik Asia meninggalkan beberapa kelab-kelab besar lain seperti Urawa Red Diamonds dan FC Seoul.

Perkara tersebut telah dikongsikan di laman sosial rasmi pasukan JDT.

Advertisements

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di ranking ke-319 dunia, ke-16 di Asia dan pertama di Asia Tenggara berdasarkan data yang dikeluarkan laman Opta Power Ranking pada 2 Februari.

“Laman analisis bola sepak ini menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia. Tidak ada pasukan lain dari Malaysia berada dalam senarai Top 1,000 dengan pasukan Liga Malaysia lain berada di tangga 1,499 dan ke bawah,” kongsi JDT melalui laman Instagram rasmi pasukan.

Dalam ranking kelab dunia, Opta Analyst mengesahkan JDT berada di ranking ke-319 dunia dengan rating 75.8.

Advertisements

Kelab kedua terbaik Malaysia adalah Selangor FC yang berada di kedudukan ke-1499 dunia dengan rating 65.5. Dari segi kedudukan di Asia, Selangor menduduki tangga ke-153.

Kelab ketiga dan keempat terbaik Malaysia menjadi milik Terengganu FC dan Sabah FC. Terengganu berada di kedudukan ke-218 untuk kategori Asia manakala Sabah berada di kedudukan ke-220 untuk kategori yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram