UltraSukan
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus melebarkan pengaruh mereka di mana usaha terbaru kelab itu ialah menceburi dunia permotoran.

Advertisements

Menerusi satu pengumuman yang dibuat di Johor Southern Tigers, JDT bakal menubuhkan JDT Racing Team dengan pelumba terkenal negara, Hafizh Syahrin Abdullah sebagai pelumba pasukan berkenaan.

Hantaran sama turut memaparkan gambar Hafizh bersama DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Advertisements

JDT Racing Team bakal bersaing dalam saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) tahun hadapan.

Ini sebagai langkah pertama memenuhi impian bersaing dalam Superbike World Championship (SBK) kelak.

Advertisements

Ketika ini, Hafizh mewakili pasukan Petronas MIE Racing Honda untuk saingan SBK 2023. Kehadiran pasukan baru ini membolehkan beliau dapat bersaing dalam saingan SBK.

SBK dianggap kejohanan berprestij untuk perlumbaan motosikal dengan sesetengah pelumbanya pernah beraksi dalam saingan MotoGP. Antara pelumba MotoGP yang pernah berlumba dalam SBK ialah Max Biaggi, Marco Melandri, Colin Edwards dan Shinya Nakano.

Ini dilihat langkah berterusan Harimau Selatan dalam mengembangkan jenama pasukan itu di pentas dunia.

Ini sekaligus membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama antara JDT dengan entiti-entiti antarabangsa pada masa akan datang.

Selain dunia permotoran, JDT juga sudah menceburi dunia futsal, hoki ais dan tinju.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram