JDT Kini Miliki Nilai Pasaran Terbesar Asia Tenggara
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di tangga teratas penilaian kelab dengan nilai pasaran terbesar di rantau Asia Tenggara mengatasi kelab-kelab Thailand dan lain-lain negara serantau.

Nilai pasaran terbaru JDT dianggarkan bernilai €8.65 juta (RM38.9 juta) mengatasi pencabar terdekat dari Thailand, Buriram United (€8.55 juta / RM38.4 juta) dan BG Pathum United (€7.73 juta / RM34.7 juta) berdasarkan kemas kini terbaru dikeluarkan laman penilaian bola sepak dari Jerman, Transfermarkt.

Kemasukan pemain terbaru JDT, Jordi Amat menjadi titik tolak terbesar peningkatan nilai pasaran kelab berkenaan dan Jordi Amat menjadi satu-satunya pemain JDT dengan tanda harga menjangkau angka €1.00 juta (RM4.5 juta).

Advertisements

JDT turut mencipta sejarah tersendiri sebelum ini selepas berjaya layak ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-juara AFC sekaligus menarik perhatian beberapa pemain bernilai tinggi menyertai kelab berkenaan.

Musim hadapan, nilai pasaran JDT dijangka semakin meningkat dengan kehadiran Dion Cools yang turut memiliki nilai pasaran tinggi selain memiliki pengalaman luas di Eropah dan turut beraksi di Liga Juara-juara UEFA sebelum ini bersama Club Brugge dan Midtjylland.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram