“JDT Main Peringkat Asia Setiap Minggu Ke?”, Ini Reaksi Netizen Indonesia Mengenai Jordi Amat Ke JDT
Asia
Advertisements

Seperti dijangkakan, berita yang keluar dari mulut TMJ mengenai Jordi Amat yang akan menyertai JDT tidak lama lagi sudah menjadi bualan hangat oleh para netizen dan juga peminat bola sepak Indonesia khususnya.

Sejurus perkara itu didedahkan semalam, netizen Indonesia dilihat terbahagi kepada 2 kumpulan dimana satu pihak menyokong penyertaan Jordi Amat bersama JDT kerana pelbagai fasiliti berkelas dunia serta peluang untuk beraksi di AFC Champions League serta persekitaran yang kompetitif kelab.

Satu lagi pihak, nyata kecewa dengan pendedahan itu mempersoalkan atas alasan apa sebenarnya Jordi Amat menyertai JDT dan lebih gemar untuk pemain itu kekal beraksi di eropah. Pada pandangan mereka, adalah lebih baik Jordi Amat pulang ke Indonesia ketika menyertai sesi latihan bersama skuad Garuda sahaja.

Advertisements
https://twitter.com/Khalistio18LFC/status/1541328657125212160?s=20&t=KeUycPauatlfVj1RfSaIlg

Dalam kalangan tersebut ada yang mempersoalkan adakah setiap minggu JDT akan ada perlawanan berkualiti menentang kelab terbaik Asia atau sekadar berdepan pasukan ‘gurem’ Liga Malaysia sahaja.

Nota: Gurem membawa maksud pasukan yang kerdil atau kecil dalam konteks kiasan.

Selain itu juga, ada juga yang membuat andaian bahawa Jordi Amat memilih JDT atas faktor gaji yang lebih ‘gede’ atau lebih tinggi berbanding beraksi di eropah selepas mengambil kira faktor umur dan peluang yang ada bagi pemain itu.

Advertisements

Topik berkaitan penyertaan Jordi Amat ini bakal menjadi perbahasan panjang untuk peminat bola sepak Indonesia khususnya bagi merungkai apakah punca beliau menyertai JDT sebenarnya.

Tenang aja deh!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram