Johor Darul Ta’zim (JDT) mempamerkan aksi yang cemerlang pada perlawanan persahabatan menentang Hougang United yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Johor hari ini.
Babak separuh masa pertama memperlihatkan pasukan tuan rumah lebih mendominasi permainan dengan baik tatkala mendapat keputusan positif, 3-0.
Jentara serangan yang diketui oleh Bergson Da Silva semestinya menjadi taruhan terbaik pasukan sementara benteng pertahanan yang diketuai kapten pasukan Aidil Zafuan jelas mengukuhkan pertahanan terakhir pasukan.
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama skuad kendalian Benjamin Mora membuktikan bahawa pasukan ini juga boleh meraih kemenangan.
Difahamkan gol kedua perlawanan telah dijaringkan oleh Leandro Velasquez. Gol tersebut terhasil menerusi sepakan percuma dari jarak jauh.
Babak separuh masa kedua skuad Harimau Selatan menambah derita Hougang United selepas Ramadhan Saifullah merembat bola leret sekaligus menewaskan penjaga gol gantian, Aizat Yazid.
Menurut laporan daripada Berita Harian, Ramadhan turut menjaringkan gol keduanya pada minit ke-75. Ledakan Alif Mutalib pada minit ke-81 sekaligus melengkapkan kemenangan JDT dengan menewaskan Hougang United 8-0.