Johor Darul Ta’zim (JDT) mula mengatur persiapan untuk musim 2025/26 meskipun musim 2024/25 berakhir baru-baru ini.
Ini selepas pengurusan Harimau Selatan memuat naik video penukaran rumput di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Tempoh rehat liga digunakan JDT untuk menukar rumput Zeon Zoysia kepada rumput baharu. Ini bagi memastikan padang SSI sentiasa berada di tahap yang terbaik.

Perkara ini turut disahkan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor apabila berkongsi video penukaran rumput SSI di Instagram Story.
Baginda melihat ini sebahagian daripada proses kawalan kualiti padang. “Kawalan kualiti,” katanya.
Selain penukaran rumput, JDT juga sibuk menambah ruang korporat sekitar SSI. Langkah ini bukan saja bertujuan menambah baik kemudahan hospitaliti di SSI.
Malah, ini secara tidak langsung membantu JDT meningkatkan pendapatan menerusi sewaan ruang korporat tersebut.