Ads
Asia
Bg Photo: PA UK

Berita mengenai perpindahan sensasi penyerang kebangsaan Colombia, Radamel Falcao ke Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah hangat diperkatakan di Malaysia dan juga Eropah.

Advertisements

Pemain berusia 37 tahun itu kini beraksi bersama Rayo Vellecano di La Liga, Sepanyol berhasrat untuk membawa haluan baharu dalam kariernya.

Advertisements

Bekas bintang Atletico Madrid ini difahamkan telah pun ditawarkan kontrak untuk menyertai juara sembilan kali Liga Super Malaysia menerusi laporan oleh sebuah media di sana iaitu Marca.

Advertisements

Advertisements

Beliau bukan sahaja bakal beraksi sebagai pemain namun bakal menjadi duta kelab sekaligus berpotensi untuk menambah nilai komersial kelab dan juga Liga Malaysia.

Namun begitu, menerusi beberapa laporan dari Sepanyol, Rayo Vellecano difahamkan membayar sebanyak 1.2 Juta Euro bersamaan RM5.6 Juta setiap tahun bagi khidmat Falcao.

Advertisements

Ini juga bermaksud skuad Harimau Selatan akan berbelanja sekitar RM466.7 Ribu setiap bulan sekiranya mereka benar-benar mahu merealisasikan hasrat ini.

Perpindahan Falcao bukan sahaja dapat memberikan nilai tambah kepada pasukan malah mewujudkan persaingan yang sihat bagi mengisi posisi no.9 yang sudah selesa diisi oleh Bergson Da Silva.

Malah, ini juga merupakan salah satu usaha baginda TMJ yang mahu mempersiapkan skuad menjelang sepak mula Liga Juara-Juara AFC (ACL) bagi musim hadapan.

Advertisements

Falcao juga difahamkan akan memainkan peranan selaku duta buat kelab sekaligus bakal membuka mata semua pihak tentang JDT dan Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram