JDT & Pahang Rangers Hangatkan Divisyen 1 MPFL
UltraSukan
JDT Futsal
Advertisements

Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2024 bakal menyaksikan persaingan juara dan naib juara MPFL musim lepas, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Pahang Rangers.

Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan senarai pasukan yang bakal bersaing dalam Divisyen 1 untuk musim 2024 hari ini.

Selain JDT dan Pahang Rangers, Selangor FC, KL City FC, Shah Alam City, Terengganu, Gombak TOT United FC dan Sabah FA turut berada dalam divisyen sama.

Advertisements

Pengenalan Divisyen 1 merupakan perubahan yang dibuat FAM bagi merancakkan lagi saingan MPFL musim 2024.

Sebelum ini untuk saingan musim 2023, 14 pasukan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap kumpulan mengandungi tujuh pasukan.

Empat pasukan terbaik dari setiap kumpulan kemudiannya akan bersaing di peringkat suku akhir sehingga aksi final.

Advertisements

Persaingan Harimau Selatan dan Pahang Rangers dalam Divisyen 1 amat dinanti-nantikan ramai peminat futsal negara.

Ini kerana kedua-dua pasukan bukan saja bersaing sengit dalam merebut mahkota kejuaraan MPFL musim 2023.

Malah, JDT dan Pahang Rangers turut mempamerkan aksi memukau dalam final Piala Futsal Malaysia yang berlangsung pada 10 September 2023.

Advertisements

Aksi final Piala Futsal Malaysia menyaksikan Pahang Rangers muncul juara selepas mengatasi Harimau Selatan menerusi penentuan sepakan penalti.

Saingan Divisyen 1 MPFL bakal membuka tirainya pada 17 Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram