JDT Perkenal Kemudahan Terbaru Pusat Latihan
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus memastikan kemudahan yang dimiliki pasukan itu sentiasa berada pada tahap terbaik.

Terbaru, pengurusan Harimau Selatan memperkenalkan kemudahan kantin baru di pusat latihan mereka di Padang Seri Gelam.

Ad
Sponsors

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah menambah kantin untuk kegunaan para pemain dan barisan kejurulatihan Harimau Selatan di Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

Pengenalan kemudahan terbaru ini dilihat usaha berterusan pengurusan JDT memastikan kebajikan para pemain dan staf kejurulatihan sentiasa terjaga.

Antara kemudahan yang disediakan ialah ruang makan, ruang buat tetamu kehormat (VVIP) dan surau. Kantin ini turut dilengkapi ruang tempat duduk luar jika ada pemain dan staf yang mahu makan sambil menikmati pemandangan pusat latihan JDT.

Ad

Sebaik imej kantin pusat latihan JDT disiarkan di halaman Johor Southern Tigers, ramai penyokong JDT kagum dengan kemudahan terbaru berkenaan.

Ad

Seorang penyokong bernama Saiful Bahri menyifatkan reka bentuk kantin berkenaan kelihatan ringkas tetapi moden dan futuristik. “Ringkas, moden dan futuristik,” katanya di ruang komen Facebook.

Ad

Seorang lagi penyokong bernama Afiq Myra menyifatkan rupa kantin pusat latihan JDT persis kelab di luar negara. “Macam kelab di luar negara sudah,” ujarnya.

Menariknya, imej awal kantin tersebut telah dikongsikan oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor baru-baru ini.

Friend Duncan Cahill DYAM Tunku Ismail JDT Perkenal Kemudahan Terbaru Pusat Latihan
Tunku Ismail bersama Tim Cahill, Rob Friend dan Dr. Craig Duncan. Sumber: DYAM Tunku Ismail

Ini selepas baginda mengadakan pertemuan dengan legenda Australia, Tim Cahill, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend dan Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Harimau Malaya, Dr. Craig Duncan.

Tunku Ismail kemudiannya memuat naik gambar mereka berlatar belakangkan dinding kantin baru pusat latihan pasukan itu yang berwarna merah.