JDT Peruntukkan 1000 Tiket Untuk Penyokong Selangor Di SSI
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pertembungan dua bakal finalis Piala FA 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor di Stadium Sultan Ibrahim dijangka bakal diserikan dengan kehadiran puluhan ribu penyokong.

Kelab JDT dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mereka telah memperuntukkan sebanyak 1,000 keping tiket untuk penyokong pasukan pelawat.

Skuad gergasi dari selatan ini memaklumkan bahawa mereka telah bersetuju dengan permohonan yang dikemukakan Selangor untuk 1000 kuota buat pasukan pelawat.

Ad

Menurut JDT, peruntukan ini adalah atas dasar semangat kesukanan dan harapan agar lebih ramai penyokong pelawat dapat hadir untuk menikmati atmosfera di ‘2020 World Stadium of the Year’.

Ad

Untuk rekod, jumlah 1000 penonton pasukan pelawat ini merupakan jumlah yang tertinggi pernah diberikan kepada pasukan pelawat di Stadium Sultan Ibrahim. Sebelum ini, tiket terbanyak yang diperuntukkan kepada pasukan pelawat adalah sebanyak 800 tiket.

Aksi separuh akhir Piala FA antara JDT dan Selangor ini bakal berlansung pada Isnin, 26 Jun 2023. Harimau Selatan dan Merah Kuning bakal berentap demi memburu slot ke pentas akhir Piala FA 2023.

Ad