JDT Raih 16 Trofi Musim 2024/25
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kejayaan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) II menjulang Piala MFL menjadikan jumlah trofi pasukan itu untuk musim 2024/25 ialah 16 trofi.

Bilangan tersebut dikira berdasarkan pencapaian pasukan itu dari peringkat akar umbi sehingga skuad senior JDT.

Ad

Skuad senior JDT yang dibimbing Hector Bidoglio sudah merangkul tiga trofi iaitu Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super.

Ad

JDT II pula muncul juara Piala MFL selepas membelasah Penang FC II 7-0 pada 14 April lalu. Kejayaan itu memastikan JDT II mengatasi Selangor dengan kelebihan satu mata.

JDT III dan JDT IV juga ceria kerana kedua-dua pasukan masing-masing merangkul trofi Piala Presiden dan Piala Belia.

Ad

Peringkat akar umbi menyaksikan skuad JDT Bawah 17 Tahun (B-17) muncul juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dan Liga Remaja KPN/FAM.

Ad

Skuad JDT B-15 pula menggondol tiga trofi iaitu MSSM, Singapore Youth League (SYL) dan La Liga Youth Tournament. Skuad JDT B-14 pula tampil bergaya dengan merangkul trofi Supermokh Cup.

Ad

Skuad JDT B-13 dan B-12 masing-masing meraih satu trofi iaitu SYL dan La Liga Youth Tournament.

Harimau Selatan berpeluang menambah satu lagi trofi iaitu Unifi Piala Malaysia. JDT bakal berdepan Sri Pahang FC di pentas final pada 26 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments