JDT Rancang Lakukan Perubahan Awal
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal terus melakukan perubahan untuk memantapkan pasukan bagi saingan musim hadapan.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards ketika ditemui selepas sesi penyampaian bagi Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 24-25.

Ad

Skuad Harimau Selatan ketika ini telah merangkul tiga trofi domestik selain mengharungi kempen AFC Champions League Elite (ACLE) yang cukup memberangsangkan.

Ad

Alistair menghamburkan pujian kepada pemilik kelab iaitu DYAM Tunku Ismail atas kepimpinan dan visinya untuk terus mengangkat martabat JDT dalam arena bola sepak di Asia.

“Kami melalui salah satu musim yang baik, atas panduan oleh DYAM Tunku Ismail selaku pemilik kelab dengan aksi ACLE juga.

Ad

“Kami miliki pemimpin yang hebat (Tunku Ismail) dan setiap individu dalam kelab ini tahu tugas masing-masing,” katanya ketika ditemui.

Ad

Beliau juga yakin bahawa JDT sentiasa mengutamakan perubahan untuk meletakkan pasukan pada tahap terbaik.

Ad

“Di JDT, perubahan itu akan sentiasa berlaku. Ini bagi memastikan pasukan bertambah baik setiap musim. 

“Perubahan peraturan dari AFC berkenaan kuota pemain import memerlukan kami menyesuaikan diri untuk bersaing secara kompetitif di Asia. 

Alistair juga yakin perubahan yang bakal dilakukan oleh JDT juga bakal diketahui sekitar beberapa minggu akan datang. 

JDT juga telah mendominasi 11 kategori pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 24-25 yang berlangsung baru-baru ini.

Tugasan akhir jaguh Malaysia itu adalah final Piala Malaysia 2025 antara JDT dan Sri Pahang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 26 April jam 9 malam.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments