JDT ‘Ratah’ Balestier Khalsa 8-0
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jaguh Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menundukkan wakil Singapura, Balestier Khalsa 8-0.

Anak didik Hector Bidoglio bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi Bergson pada minit ke-4.

Pesta jaringan Harimau Selatan diteruskan apabila Oscar Arribas menambah gol kedua pada minit ke-12 di Stadium Sultan Ibrahim.

Bergson hadir menjaringkan gol ketiga tuan rumah 5 minit berselang untuk memberikan kedudukan selesa buat JDT.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 3-0.

Bersambung babak kedua, JDT meneruskan rentak cemerlang apabila pemain berpengalaman, Heberty Fernandes mencetak gol keempat menewaskan Hafiz Ahmad.

Kemasukan pemain gantian, Jese Rodriguez yang juga merupakan bekas tonggak Real Madrid menggamatkan suasana di SSI.

JDT menambah tiga lagi jaringan (Heberty, Bergson dan Gabriel Nistelrooy) sebelum Jese menjaringkan gol debut di SSI dan juga jaringan ke-8 tuan rumah.

Tambahan masa 3 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

JDT sebelum ini telah menewaskan pasukan kebangsaan Singapura dengan keputusan 3-0.

Ujian berikutnya buat JDT adalah berdepan jaguh Korea, Gwangju pada 22 Oktober di tempat lawan bagi saingan ACLE.