JDT & Sabah Pilihan Nizaruddin Yusof Ke Final
MakanBola
JST/SFC

Bekas penyerang kebangsaan, Nizaruddin Yusof memilih Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sabah FC sebagai calon pilihan ke final Unifi Piala Malaysia.

Pilihan tersebut dibuat beliau dengan mengambil kira prestasi, kekuatan semasa dan sejarah kedua-dua pasukan terutama dalam kejohanan berprestij itu.

Ad

“Untuk melihat pasukan mana yang layak, kita boleh agak dari segi kekuatan (pasukan) dan sejarah dalam enam tahun terakhir ini. Saya rasa untuk JDT, peluang itu lebih besar buat mereka,” katanya kepada Nadi Arena.

Ad

“Saya melihat pasukan JDT dan Sabah yang mungkin (mara ke final). Sudah lama buat pasukan Sabah tidak mara ke final.”

Nizaruddin melihat prestasi semasa yang dimiliki Sang Badak dalam semua kejohanan memberi sedikit kelebihan berbanding lawan mereka di peringkat separuh akhir, Sri Pahang FC.

Ad

“Dari segi kekuatan pasukan dalam enam perlawanan terakhir ini, mungkin nampak Sabah menuju ke arah yang betul (untuk) bermain dalam final,” tambahnya.

Ad

“Saya berharap pemain-pemain yang diturunkan jurulatih mereka (Martin Stano) dapat bermain. Pasukan Sabah adalah satu pasukan yang kuat dan mampu bermain dengan baik untuk layak ke final.”

Ad

JDT merupakan penyandang juara Unifi Piala Malaysia sejak tahun 2022. Sabah pula mengintai peluang untuk bergelar finalis buat kali keempat selepas melakukannya pada edisi 1996, 2002 dan 2003.

Harimau Selatan bakal berdepan Terengganu untuk aksi separuh akhir pada 17 Januari dan 1 Februari. Sang Badak pula akan menentang Sri Pahang pada 18 Januari dan 2 Februari.