Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi destinasi baharu pemain muda Pahang Rangers menjelang musim baharu Malaysia Futsal Premier League (MPFL) tidak lama lagi.
Perpindahan pemain Pahang Rangers, Norakmal Norizal ke JDT ini diumumkan oleh kedua-dua buah pasukan tersebut menerusi satu kenyataan rasmi di laman media sosial pada Rabu.
”Pahang Rangers FC mengucapkan terima kasih kepada Norakmal Norizal atas sumbangan dan dedikasinya sepanjang dua musim bersama kelab.”
”Pemain muda berusia 23 tahun ini memilih haluan baru dalam karier dengan menyertai JDT Futsal bagi musim 2026 menerusi bayaran perpindahan yang telah dipersetujui,” umum Pahang Rangers.
Sebaik perpisahan itu diumumkan, JDT Futsal memuat naik video pengenalan Norakmal Norizal sebagai rekrut baharu skuad Harimau Selatan bagi musim baharu MPFL yang akan datang.
Sebagai rekod, Norakmal yang turut beraksi di pentas Piala Asia Futsal bersama pasukan negara telah menjaringkan 7 gol buat Pahang Rangers dengan 5 jaringan dalam saingan MPFL musim lalu.
Norakmal menjadi pemain kedua yang baharu menyertai JDT pada musim ini selepas kehadiran penjaga gol Malaysia B-19, Ammar Harith yang diperkenalkan pada awal Februari lalu.
Penambahan muka baharu termasuk jurulatih, Joao Almeida dalam pasukan dilihat cukup penting buat JDT dalam usaha mempertahankan kejuaraan MPFL yang dimenangi musim lalu