JDT Sangkal Dakwaan Gonzalo Cabrera Bakal Sertai JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Walaupun desas-desus bertebaran mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menandatangani bekas pemain mereka, Gonzalo Cabrera namun pihak kelab menegaskan bahawa Cabrera tiada dalam perancangan JDT masa ini.

JDT melalui pengarah teknikal, Alistair Edwards telah mengesahkan khabar angin yang bertebaran itu adalah tidak benar sama sekali dan Cabrera tidak akan menyertai JDT sebagai pemain naturalisasi.

“Saya ingin menyangkal dakwaan yang tular mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ingin menandatangani semula Gonzalo Cabrera sebagai pemain naturalisasi.

Advertisements

“Kelab telah membuat keputusan untuk tidak menandatangani Cabrera kerana Malaysia Football League mempunyai peraturan bahawa pemain naturalisasi bukan warisan perlu menjadi warganegara Malaysia untuk lima tahun selepas mendapat kerakyatan sebelum boleh didaftarkan sebagai pemain tempatan, melainkan di bawah program naturalisasi kebangsaan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia.

“Oleh itu, JDT mengambil keputusan untuk tidak menandatangani Cabrera memandangkan beliau akan berusia 38 tahun selepas lima tahun tersebut,” jelas Alistair Edwards dalam muat naik terbaru di laman instagram kelab itu.

Dengan Cabrera disahkan tidak akan menyertai JDT semula, ini bermakna empat pemain yang akan dibawa masuk JDT masih menjadi tanda tanya.

Advertisements

JDT kini berada di takhta Liga Super dengan mengumpul 16 mata selepas melalui enam perlawanan dan dibezakan satu mata dengan Sabah FC di tangga kedua.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram