Ads
JDT Sediakan 3 Pengganti Syihan Hazmi
Liga Super
Johor Southern Tigers

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) menyediakan tiga pengganti kepada Syihan Hazmi.

Advertisements

Pasukan kendalian Hector Bidoglio memulakan musim 2024/25 dengan begitu cemerlang apabila meraih 9 mata daripada 3 perlawanan.

Advertisements

Prestas memberangsangkan ini juga diserikan dengan 11 jaringan dan hanya bolos satu gol ketika berdepan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements
Advertisements

Kejayaan itu bagaimanapun disusuli dengan kecederaan beberapa tonggak utama menjelang sepak mula Piala FA.

Antara watak penting yang terpaksa disisihkan ialah penjaga gol utama pasukan, Ahmad Syihan Hazmi yang mengalami kecederaan.

Advertisements

Pemain berusia 28 tahun itu terlepas peluang bersama Harimau Malaya sama seperti Arif Aiman yang mengalami kecederaan.

Ketiadaan ini bagaimanapun bakal ditampung oleh tiga watak berbeza pada posisi gawang gol Harimau Selatan.

Antara pemain yang berada di bangku simpanan ialah penjaga gol berpengalaman, Farizal Marlias.

Selain itu, JDT juga telah mendapatkan semula khidmat penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi selain pemain muda, Zulhilmi Sharani turut berpotensi untuk diturunkan.

Farizal dan Zulhilmi juga merupakan pemain yang bersama skuad JDT menjalani latihan pra-musim di Sepanyol tempoh hari.

Advertisements

JDT bakal berdepan Kelantan Darul Naim bagi aksi Piala FA, 16 Jun sebelum menentang Sri Pahang pada 22 Jun di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram