Perjuangan wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) kali ini terhenti apabila tumbang kepada gergasi Jepun, Urawa Red Diamonds.
Pasukan kendalian Hector Pablo Bidoglio turun dengan motivasi terbaik dalam usaha untuk melakar kejutan bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Walau bagaimanapun, kehebatan bekas juara dua kali Asia itu yang beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong setia mereka jelas memberi kelebihan kepada pasukan.
JDT berada dalam kesukaran dalam permainan di Stadium Saitama selepas mudah ditundukkan dengan keputusan 5-0.
Sungguhpun begitu, pasukan Harimau Selatan menujukkan aspek positif dari sudut statistik sekaligus membuktikan mereka kini dalam landasan terbaik untuk terus mengorak langkah dalam saingan berprestij tersebut.
Berdasarkan statistik perlawanan yang dimuat naik oleh laman SofaScore, persembahan juara bertahan Liga Super ini jelas memberangsangkan sungguhpun masih terdapat beberapa aspek yang boleh ditambah baik.
Dari sudut penguasaan bola, JDT dilihat lebih mendominasi perlawanan apabila mencatatkan lebih 58% berbanding Urawa Reds.

JDT juga mencatatkan hantaran lebih banyak sepanjang 90 minit apabila berjaya menbuat 500 hantaran dengan ketepatan 83% berbanding tuan rumah dengan hanya 461 dengan ketepatan 82%.
Berdepan dengan pasukan yang mempunyai status dengan lebih tinggi, JDT berjaya melakukan 12 percubaan secara keseluruhan seungguhpun tidak menjaringkan sebarang gol.
Walau bagaimanapun, JDT masih lagi aukar untuk mencipta percubaan tepat selain hanya 3 percubaan tepat berhasil dalam tempoh 90 minit.
Wakil tunggal Malaysia ini juga lebih banyak melakukan kesalahan iaitu sebanyak 16 kali berbanding Urawa Reds 4 kali dan menerima 4 kad kuning manakala Urawa tiada.

Perkembangan positif pasukan ini mendapat respon baik oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga Hector Bidoglio untuk memacu lebih banyak kejayaan buat JDT kelak.