JDT Tiba Di Dubai Bagi Aksi Pra-Musim
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Pasukan-pasukan Liga Super mula sibuk dengan persiapan pra-musim menjelang aksi Liga Super pada akhir Februari ini. JDT yang sebelum ini mengumumkan program pra-musim di Dubai, UAE telah tiba di negara itu hari ini.

View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Ad

Skuad JDT yang dibimbing Esteban Solari tiba awal bukan saja untuk menyesuaikan diri dengan cuaca di Dubai. Pada masa sama, ini memastikan pasukan berada pada tahap terbaik sebelum turun beraksi dalam empat perlawanan persahabatan yang diatur.

Ad

Mengikut program pra-musim yang diumumkan sebelum ini, JDT bakal bertemu dengan empat pasukan iaitu FC Rostov, Levski Sofia, FC Lokomotiv Moscow dan Zenit St Petersburg.

Harimau Selatan bakal bersemuka dengan Rostov pada 25 Januari, Sofia (31 Januari), Lokomotiv (2 Februari) dan Zenit (6 Februari).

Ad

Pertembungan dengan empat pasukan dari Eropah ini bukan saja dapat memantapkan kesebelasan utama JDT. Malah, ia turut menunjukkan cita-cita Harimau Selatan untuk unggul di peringkat domestik dan Asia.

Ad