JDT Umum Ketibaan Park Jun-heong
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain Korea Selatan, Park Jun-heong.

Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain berusia 31 tahun itu bakal menjadi rekrut terbaru skuad Harimau Selatan.

Ad
Sponsors

Bekas tonggak kelab Thai League barsama Ratchaburi FC itu secara rasminya memperkuat JDT bagi pertengahan saingan musim 2024/25.

Ad

Beliau memiliki pengalaman luas dalam kancah bola sepak Asia selepas pernah beraksi bersama Suwon Bluewings, Kitchee selain beberapa kelab di Eropah seperti Mainz (Jerman) dan juga Atletico CP (Portugal).

Kehadiran beliau sudah pasti menambah persaingan posisi pertahanan tengah dengan kelibat Jordi Amat, Shane Lowry, Feroz Baharudin bakal menerima saingan baharu.

Ad

Berita perpindahan Park Jun-heong telah dilaporkan beberapa kali di MakanBola sebelum ini.

Ad