Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya meraih habuan mencecah RM4 Juta selepas tiga aksi di AFC Champions League Elite (ACLE).
Skuad kendalian Hector Bidoglio beraksi cemerlang apabila mengikat kelab China, Shanghai Port dengan keputusan 2-2 sebelum menundukkan Shanghai Shenhua dengan jaringan 3-0.
Rentak baik itu bagaimanapun diuji apabila Harimau Selatan tunduk 3-1 di tangan Gwangju di tempat lawan sekaligus mengumpul 4 mata selepas tiga perlawanan.
Kemenangan ke atas Shanghai Shenhua membolehkan JDT meraih tambahan 100,000 USD (RM440,000) menerusi peraturan wang ganjaran yang ditetapkan oleh AFC.
Penyertaan wakil tunggal Malaysia dalam saingan tertinggi di Asia itu membolehkan 800,000 USD (RM3.5 Juta) sungguhpun hanya beraksi pada peringkat kumpulan.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang diterima oleh skuad Harimau Selatan adalah sekitar RM3.94 Juta selepas tiga perlawanan di ACLE.
Habuan sebesar 200,000 USD (RM menanti sekiranya melangkah ke pusingan 16 terbaik manakala 400,000 USD (RM1.7 Juta) dan 600,000 USD (RM2.6 Juta).
JDT menghuni tangga ke-5 Asia berdasarkan laman Opta Analyst dan merupakan kelab nombor satu di Asia Tenggara dan Malaysia.
Ujian berikutnya buat JDT adalah melayan kunjungan skuad kendalian Kim Pan-gon, Ulsan HD pada 5 November di Stadium Sultan Ibrahim.