Jenama JDT Bakal ‘Takluk’ Badminton
UltraSukan
HRH Crown Prince of Johor
Sponsors

Selepas melebarkan sayap ke sukan-sukan lain seperti futsal, bola jaring dan permotoran, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahu menceburi dunia sukan badminton pula.

Hasrat ini didedahkan sendiri oleh DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim dalam wawancara eksklusif bersama pengacara program Nindia, Hafizal Hamad semalam.

Ad

Selain badminton, Tunku Ismail juga berminat melebarkan sayap jenama pasukan itu dalam sukan ragbi, tenis dan bola keranjang.

Ad

Ini kerana salah satu matlamat baginda ialah membangunkan sukan-sukan yang dinyatakan ini agar lebih maju di negeri Johor.

“Badminton, tenis, bola keranjang (dan) ragbi. Saya akan membantu (pembangunan) sukan-sukan ini dalam negeri Johor,” katanya dalam program yang disiarkan di Astro Arena itu.

Ad

Langkah Harimau Selatan menceburi sukan lain selain bola sepak sudah mula menampakkan hasil.

Ad

Dalam sukan futsal misalnya, JDT muncul naib juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) biarpun baru pertama kali beraksi dalam kejohanan itu untuk musim 2023.

Ad

Justeru, ramai penyokong Harimau Selatan teruja dan tidak sabar melihat usaha baginda ini membuahkan hasil sama seperti yang dinikmati JDT hari ini.