Advertising
Jeneral Malaysia Dari Jepun Ke Liga Thailand
Transfer
MakanBola
FA Malaysia

Jeneral tengah berbakat Selangor, Muhammad Abu Khalil membawa haluan baharu ke Liga Thailand selepas meninggalkan Jepun.

Pemain berusia 20 tahun itu mencuri tumpuan apabila membawa haluan ke Jepun untuk beraksi bersama kelab Divisyen 3, FC Osaka sejak Jun tahun 2024.

Ad

Tempoh 6 bulan dimanfaatkan sebaik mungkin olehnya sebelum akhirnya pulang ke pangkuan Gergasi Merah awal tahun 2025.

Ad

Perjuangan di luar negara diteruskan oleh pemain tengah versatil ini apabila diumumkan selaku tonggak baharu buat kelab Liga Thailand, Nakhon Pathom United FC.

Kehadiran beliau di sana menyerikan lagi skuad kendalian Sirisak Yodyadthai apabila seorang lagi pemain muda Malaysia, Fergus Tierney turut bersama kelab tersebut.

Ad

Nakhon Pathom kini terdesak untuk memperbaiki kedudukan dalam liga selepas menduduki tangga kedua tercorot liga dengan hanya 13 mata daripada 17 perlawanan.

Ad

Fergus telah diturunkan selaku pemain gantian ketika Nakhon Pathom menewaskan Nakhon Ratchasima dengan keputusan 3-0.

Ad

Menurut laman Transfermarkt, tempoh pinjaman kedua-dua pemain ini akan tamat pada 30 Jun 2025 dan pulang ke pangkuan kelab masing-masing.