Kelab besar Korea, Jeonbuk Hyundai tidak berada dalam situasi yang diinginkan.
Saingan K-League ketika ini sedang dipimpin oleh Gangwon selepas 27 perlawanan dengan 50 mata dan dipisahkan hanya 4 mata dengan pasukan tangga kedua iaitu Gimcheon.
Prestasi pasukan Korea yang beraksi dalam kancah tertinggi bola sepak Asia sering menjafi tumpuan peminat tanah air.
Salah satu wakil Korea bagi saingan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) iaitu Jeonbuk Hyundai Motors pula kini menghadapi situasi sukar di sana.
Hal ini susulan pasukan kendalian Kim Do-heon kini terpelosok pada tangga tercorot K-League selepas hanya merekodkan 6 kemenangan daripada 27 perlawanan musim ini.
Jeonbuk Hyundai juga hanya merakamkan dua kemenangan dalam 5 aksi terakhir selain beberapa kecederaan tonggak utama menjejaskan persembahan pasukan.
Pasukan Korea itu diundi dalam Kumpulan H ACL2 bersama tiga lagi pasukan iaitu Selangor FC, Muangthong United dan juga Dynamic Herb Cebu FC.
Musim lalu, Jeonbuk Hyundai beraksi dalam kancah ACL dan berjaya mara ke peringkat suku akhir sebelum tunduk kepada lawan senegara iaitu Ulsan HD.
Dynamic Herb Cebu bakal menjadi lawan pertama Jeonbuk Hyundai di Asia pada 19 September 2024 di laman lawan.