Indonesia tewas kepada Jepun dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno.
Pengendali Indonesia, Shin Tae-yong dan ketua jurulatih Jepun, Hajime Moriyasu menampilkan barisan terkuat dalam usaha untuk mendapatkan tiga mata berharga buat pasukan masing-masing.
Pada babak pertama permainan, Indonesia dibolosi dua gol apabila pada minit ke-35 permainan, pertahanan Indonesia Justin Hubner tertampan masuk bola ke gawang sendiri.
Sebelum menuju ke bilik persalinan, pasukan pelawat menjaringkan gol menerusi Takumi Minamino selepas memanfaatkan hantaran daripada Kaoru Mitoma.
Bersambung aksi di separuh masa kedua, Jepun terus melebarkan kedudukan menerusi ledakan Hidemasa Morita. Kesilapan daripada Martin Paes telah membuka ruang buat Morita melakukan percubaan sekaligus memberikan gol ketiga buat Jepun.
Tak terhenti setakat itu, Jepun menggandakan jaringan menerusi Yukinari Sugawara sekeligus melengkapkan malam gemilang Jepun di Gelora Bung Karno dengan jaringan keempat.
Kemenangan bergaya Jepun keatas Indonesia dengan keputusan 4-0 memastikan skuad kendalian Hajime Moriyasu kini mendahului di kedudukan pertama dalam saingan Kumpulan C, kempen Kelayakan Piala Dunia 2026.
Sementara Indonesia di tangga terakhir selepas hanya merekodkan tiga keputusan seri dan dua kekalahan dalam lima perlawanan. Aksi seterusnya menyaksikan Indonesia akan bertemu Arab Saudi pada 19 November kelak manakala Jepun akan berdepan China pada tarikh yang sama di Stadium Xiamen, China.