Advertisement
Jepun Dan China Sasar Julang Piala Dunia Pada Edisi Yang Sama
Asia
MakanBola
China Daily

Dua negara dari benua Asia, Jepun dan China telah meletakkan sasaran untuk menjulang Piala Dunia pada edisi yang sama iaitu Piala Dunia 2050.

Jepun merancang sasaran itu sejak dari tahun 2005 lagi manakala China pula mensasarkan untuk menjadi kuasa besar bola sepak dunia pada tahun 2050 dengan sasaran menjadi kuasa besar Asia pada tahun 2030.

Walaupun perjalanan untuk menjulang Piala Dunia itu masih lagi jauh, namun pasukan Jepun dilihat lebih bersedia untuk ke arah itu apabila berjaya mengejutkan beberapa negara eropah seperti Jerman dan Turkiye dalam aksi persahabatan baru-baru ini.

Berbeza dengan pasukan China yang masih gagal menyaingi pasukan-pasukan Asia lain selepas mencatatkan keputusan seri dengan pasukan yang berada di ranking ke-136 dunia, Malaysia dan tewas kepada Syria yang berada di ranking lebih rendah berbanding China.

Keputusan daripada aksi persahabatan itu menjadikan sasaran China untuk julang Piala Dunia 2050 mula dipersoalkan. Bukan sahaja itu, barisan pemain China juga telah diejek dengan agak teruk oleh penyokong mereka sendiri.

Namun begitu, perjalanan ke arah Piala Dunia 2050 masih berbaki 27 tahun lagi. Sudah pasti perancangan rapi bakal dilaksanakan oleh kedua-dua negara ini.