Jepun Dapat Kemenangan Percuma Lawan Korea Utara?
Asia
Japan FA
Advertisements

Jepun berpeluang mengesahkan kemaraan awal ke pusingan ketiga Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.

Wartawan sukan The Japan Times, Dan Orlowitz mendedahkan Jepun bakal mendapat kemenangan percuma 3-0 ke atas Korea Utara.

Ini selepas perlawanan keempat kelayakan membabitkan Samurai Biru dan Chollima yang sepatutnya berlangsung pada Selasa ini di Pyongyang dibatalkan oleh tuan rumah.

Advertisements

Pembatalan perlawanan ini diketahui Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) selepas tamat perlawanan Jepun-Korea Utara di Tokyo beberapa hari lepas.

Perlawanan tersebut menyaksikan Jepun meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas negara serantau itu.

Pada awalnya, AFC berhasrat mencari stadium alternatif sebagai tuan rumah perlawanan tersebut. Antara negara yang dicanang sebagai tuan rumah alternatif ialah Malaysia dan Thailand.

Advertisements

Bagaimanapun, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan perlawanan tersebut tidak akan diadakan atau dijadualkan semula.

Keputusan ini bakal membawa kepada Jepun dianugerahkan kemenangan percuma 3-0 oleh FIFA.

Sekiranya perkara ini disahkan, Jepun menjadi negara pertama layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia.

Advertisements

Sebelum ini, Footy Rankings menamakan Jepun sebagai sebahagian daripada lapan pasukan yang bakal mara ke pusingan seterusnya dan Piala Asia 2027.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram