Jepun Layak Ke Sukan Olimpik, Benam Cabaran Korea Utara
UltraSukan
Japan FA
Advertisements

Skuad bola sepak wanita Jepun mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

Pasukan yang diberi jolokan Nadeshiko itu mengesahkan kemaraan sebagai wakil kedua Asia selepas mengatasi cabaran negara serantau, Korea Utara 1-0 dalam aksi kedua play-off kelayakan Sukan Olimpik Zon Asia hari ini.

Selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 dalam aksi play-off pertama di Jeddah, Arab Saudi pada 24 Februari lalu, kemenangan hari ini amat penting bagi mengesahkan kelayakan ke Paris.

Advertisements

Dengan kelebihan beraksi di tempat sendiri, tidak hairanlah Jepun memberi tekanan ke atas The Eastern Azaleas sebaik perlawanan bermula.

Nadeshiko perlu menunggu sehingga minit ke-25 untuk mendahului menerusi bek tengah Urawa Reds Ladies, Hana Takahashi.

Advertisements

Tuan rumah yang dibimbing Futoshi Ikeda berusaha menggandakan asakan bagi mendapatkan gol tambahan.

Bagaimanapun, barisan pertahanan Korea Utara kental menyerap asakan dan memastikan keputusan kekal 1-0 sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung selepas rehat, Jepun terus menggandakan asakan bagi mendapatkan kelebihan jaringan tambahan.

Skuad Nadeshiko terpaksa menanti sehingga minit ke-77 untuk menggandakan kelebihan menerusi tandukan Aoba Fujino yang melepasi kawalan penjaga gol The Eastern Azaleas, Pak Ju-mi.

Advertisements

Tatkala tuan rumah menyangka sudah memiliki kelebihan selesa, pelawat kembali merapatkan jurang menerusi pemain gantian, Kim Hye-yong pada minit ke-82.

Korea Utara terus berusaha memburu gol penyamaan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Jepun layak dengan keputusan agregat 2-1. Nadeshiko mengiringi satu lagi wakil Asia, Australia yang layak selepas membelasah Uzbekistan 10-0 dalam satu lagi aksi play-off kelayakan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram