Jersi Klasik Terengganu & Selangor Tarik Perhatian Pengumpul Jersi UK
MakanBola
Terengganu & Selangor FC
Sponsors

Jersi Terengganu dan Selangor bagi musim 2023 sekali lagi tular apabila mendapat perhatian daripada salah sebuah pengumpul jersi dari UK.

Pemilik nama akaun Classic Football Shirts itu merupakan pengumpul jersi yang aktif melakukan penjualan jersi ke seluruh dunia.

Ad

Namun begitu, akaun ini mencuri perhatian sebilangan penyokong Malaysia apabila dilihat memuat naik jersi pasukan Terengganu dan juga Selangor yang baru sahaja dilancarkan.

Ad

Jersi Terengganu yang mendapat perhatian mereka ialah jersi away berwarna hijau manakala jersi Selangor merujuk kepada jersi yang baru dilancarkan semalam.

Akaun Classic Football Shirts dengan jumlah pengikut mencecah 368 ribu ini jelas tertarik dengan pendekatan klasik yang cuba ditampilkan oleh kedua-dua pasukan.

Ad

Kedua-dua pasukan ini juga pernah tular sebelum ini apabila jersi pra-musim dan juga jersi home Selangor telah mendapat liputan meluas daripada media antarabangsa.

Ad