Jersi Pelik Kpah Sherman Jadi Bualan

Kpah Sherman 3 Jersi Pelik Kpah Sherman Jadi Bualan
Sri Pahang FC
Nabil Fahmi @nabilfamy
4:58pm 25/06/2023

Disebalik kemenangan bergaya 5-0 Sri Pahang FC ke atas Kelantan FC, ada sesuatu yang pelik telah berlaku ke atas penyerang berbisa Sri Pahang, Kpah Sherman. Kpah yang menjaringkan dua gol dalam perlawanan itu dilihat memakai jersi yang lain daripada pemain lain.

Jersi yang dipakai Kpah dilihat tidak mempunyai jenama jersi dan ianya berbeza dengan pemain-pemain Sri Pahang yang lain. Jenama jersi Hakka tidak terlihat pada jersi yang dipakai Kpah ketika mana beliau meraikan jaringan.

Ianya sekali gus menjadi bualan para peminat bola sepak tanah air yang melihat insiden tersebut agak aneh dan jarang berlaku. Selepas diteliti, janama jersi tersebut sememangnya ada sebelum perlawanan bermula namun berkemungkinan sudah tercabut ketika perlawanan berlangsung.

Sebagai info, jersi biru kuning yang digunakan dalam perlawanan menentang Kelantan FC tempoh hari itu merupakan jersi away Sri Pahang musim ini dan jenama jersi berada di bawah logo Sri Pahang. Berbeza dengan jersi home dan jersi ketiga Sri Pahang yang meletakkan jenama jersi di sebelah kiri jersi.

Untuk rekod, Kpah Sherman hadir ke Sri Pahang musim ini dan beliau berhijrah dari pasukan Terengganu FC. Sehingga kini, beliau telah meledak 9 gol daripada 15 perlawanan Liga Super yang diharungi. Kpah kini berada di tangga ketiga dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super.