Jese Rodriguez Gembira Sertai JDT ‘ Terima Kasih Tunku Ismail’
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Penyerang baru Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jese Rodriguez mengakui teruja kerana dapat menyertai pasukan gergasi selatan tanah air itu.

Penyerang berusia 31 tahun itu melengkapkan perpindahan ke Harimau Selatan sebagai ejen bebas selepas meninggalkan kelab Brazil, Coritiba pada Januari lalu.

Ad

Ini kali pertama Rodriguez beraksi di benua Asia selepas menghabiskan sebahagian besar kariernya di Eropah. Antara bekas kelabnya ialah Real Madrid, Sampdoria, Stoke City, Paris Saint-Germain dan Sporting Lisbon.

Ad

Rodriguez mengakui teruja mendapat peluang beraksi di sebuah kelab hebat seperti JDT. Atas sebab itu, beliau amat berterima kasih dengan Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberi.

Bekas pemenang Liga Juara-Juara UEFA (UCL) itu berharap dapat membantu Harimau Selatan melakar lebih banyak kejayaan di atas padang.

Ad

“Amat gembira dengan peluang baru dalam bola sepak yang diberi kepada saya, hari ini saya memulakan pengembaraan di kelab handalan Johor Darul Ta’zim.

Ad

“Saya pasti kita akan raih lebih banyak kejayaan bersama, tidak sabar untuk bermula. Bersyukur atas kepercayaan (yang diberi) anda, Bos TMJ,” katanya dalam satu catatan di Instagram.

Ad

Sebaik hantaran tersebut disiarkan, ramai rakan lama Rodriguez mengucapkan selamat berjaya kepada beliau. Antara nama besar yang berbuat demikian ialah Marc Bartra, Sergio Canales, Cristian Tello dan Jeison Murillo.

Bekas pemain sayap JDT, Aaron Niguez turut mengucapkan selamat berjaya kepada bekas bintang Real Madrid itu.

Rodriguez menjadi tonggak import terbaru Harimau Selatan selepas Jorge Obregon, Park Jun-heong, Andoni Zubiaurre, Eddy Israfilov, Iker Undabarrena dan Enzo Lombardo.