Jesse Lingard & Pratama Arhan Bakal Buat Liga Korea ‘Untung Besar’
Asia
FC Seoul/Pratama Arhan
Advertisements

Liga utama Korea Selatan, K-League 1 dijangka mendapat laba besar terima kasih kepada dua bintang baru liga berkenaan, Jesse Lingard dan Pratama Arhan.

Ini kerana dari segi bilangan pengikut media sosial terutama di Instagram, kedua-duanya memiliki pengikut yang ramai.

Lingard yang juga bekas bintang Manchester United memiliki 9.4 juta pengikut di Instagram. Dan sebaik saja perpindahan beliau ke FC Seoul diumumkan, hantaran tersebut mendapat lebih 397,000 suka daripada pengguna.

Advertisements

Dengan statusnya sebagai bekas bintang England dan The Red Devils, ramai mahu melihat bintang berusia 31 tahun itu menyerlah bersama FC Seoul.

Impak sama turut berlaku kepada kelab baru Arhan, Suwon FC selepas perpindahan bek kiri berusia 22 tahun itu disahkan.

Penolong jurulatih Suwon, Yoo Yong-jun mendedahkan perpindahan Arhan secara tidak langsung menaikkan profil pasukan K-League 1 itu.

Advertisements

“Ini bukan sekadar Jeong Seung-won. Kita ada seorang pemain (Pratama Arhan) yang memiliki 7.22 juta pengikut, 10 kali ganda daripada jumlah pengikut pemain lain,” katanya seperti yang dilaporkan Sports Chosun.

Dengan wajah yang tampan dan bakat sebagai pemain pertahanan, tidak hairanlah Arhan menjadi antara pemain Indonesia yang digilai ramai.

Malah, beliau memiliki pengikut Instagram paling ramai untuk pemain Asia selepas kapten Tottenham Hotspur, Son Heung-min yang memiliki 13.41 juta pengikut.

Advertisements

Ini ditambah dengan hakikat bahawa Arhan merupakan pemain Indonesia pertama beraksi dalam saingan K-League 1.

Dengan pendedahan profil tinggi sebegini, tidak hairanlah mengapa Suwon berusaha memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk mendapat peminat baru terutama di Indonesia.

Selain mengadakan kem latihan di Gyeongju, Suwon turut mengatur kem latihan di Bali, Indonesia. Di sinilah, Arhan bergabung dengan rakan-rakan sepasukan barunya selepas tamat kempen Indonesia dalam saingan Piala Asia 2023.

Advertisements

Ramai pemerhati percaya kehadiran dua bintang baru ini mampu meningkatkan jumlah kehadiran penyokong K-League 1 untuk musim 2024. Musim lepas menyaksikan 2,447,147 menghadiri perlawanan K-League 1.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram